..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Thursday, March 24, 2011

Pemilihan Atlet Sukan

Tahniah kepada pelajar yang berjaya melepasi ujian pemilihan atlet bagi sukan olahraga pada hari 22 March 2011. Acara larian 200 meter telah dilaksana di padang SMK Mutiara pada pukul 8.00 hingga 9.20 pagi.


 Walaupun keadaan padang yang basah selepas hujan, pelajar dan guru-guru tetap turun ke padang untuk merealisasikan pencapaian olahraga sekolah. Kepada pelajar yang tidak berjaya dipilih, peluang lain masih menunggu kalian. Jangan berputus asa.Guru-guru sedia membimbing kalian. 


Hari ini, 24 Mac 2011 pagi Khamis, sekali lagi pelajar kita yang telah dipilih telah pun menjalani latihan olahraga yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul, Cikgu Faisal dan Cikgu Nurita. Penglibatan dan pengorbanan anak-anak sekalian sungguh membanggakan guru-guru. 


Semoga latihan kali ini mampu memantapkan lagi semangat kesukanan dan prestasi demi menjulang nama PPKI SMK Mutiara.