..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Saturday, June 18, 2011

Program Ceramah Kejara

Program ini telah dijalankan pada 16 June 2011 bersama dengan Polis Trafik W.P Labuan dan pegawai Kejara dari Kota Kinabalu. pelajar telah diberi ceramah tentang kesedaran keselamatan jalan raya dan semasa melintas jalan raya. Aktiviti ini sangat menarik dengan tayangan slide yang bergambar membantu murid memahami dengan lebih jelas dan menyeronokkan. Semua murid diberi peluang untuk tampil ke hadapan dengan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan disamping mendapat hadiah cenderamata buku oleh penceramah KEJARA. Guru-guru juga tidak ketinggalan untuk disoal untuk memberi rangsangan kesedaran dengan suasana yang menyeronokkan.

Sebaik sahaja ceramah di dalam dewan, semua pelajar dan guru-guru berkumpul di hadapan simpang SMK Mutiara. Aktiviti ini dibantu oleh pegawai polis dan polis trafik untuk memberi peluang pelajar melintas jalan raya dengan cara yang betul...

"berdiri belakang garisan, pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan lagi.. apabila keadaan selamat tiada kereta barulah melintas dengan secepat yang mungkin..."