..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Tuesday, November 8, 2011

KEM 1 MURID 1 SUKAN


Kem 1Murid 1Sukan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 08, 09 dan 10 November 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kg. Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini disertai 20 orang murid Sekolah Menengah dan 38 orang murid Sekolah Rendah.

Objektif Kem 1M1S ini adalah:
  1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
  2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan guru dan murid.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
  4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
  5. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.
~ Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kem ini ~