..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Wednesday, February 29, 2012

HAPPY BIRTHDAY 2 U


PPKI SMKM mnegucapkan “Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran” kepada warga PPKI SMKM yang lahir pada bulan Februari. Semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezki.



Wednesday, February 22, 2012

BENGKEL / KLINIK KEMAHIRAN UNDANG-UNDANG OLAHRAGA


Nama Program : Bengkel / Klinik Kemahiran Undang-Undang Olahraga
Tarikh : 22 Februari 2012
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Bilik APD, SMK Mutiara
Penceramah Jemputan : Pn. Nor Tamah (Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Mutiara)

Bengkel ini telah disertai oleh 32 orang pelajar PPKI, 11 orang guru dan 4 orang PPM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk :
  1. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar mengenai teknik dan peraturan olahraga.
  2. Membolehkan pelajar mengetahui teknik dan peraturan olahraga.
Sesi simulasi oleh pelajar PPKI
Sesi Penyampaian cenderahati kepada Penceramah disampaikan oleh Cikgu Mohamad Faisal Aminaldun mewakili Pentadbir PPKI SMK Mutiara
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Friday, February 17, 2012

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2012

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2012 adalah mengenai Pengurusan Elaun Murid Berkeperluan Khas Bagi Murid Dalam Kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Surat Pekeliling ini adalah pindaan dan penambahbaikan terhadap Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2009. Pindaan dan penambahbaikan dari aspek:

  • Kelayakan murid
  • Kadar elaun
  • Peranan dan tanggungjawab
  • Tatacara permohonan
  • Tatacara pembayaran
  • Tatacara pemberhentian / penarikan balik / penangguhan pembayaran elaun
  • Tatacara pertukaran pelajar / murid
  • Penyelarasan dan pemulangan baki peruntukan
  • Borang permohonan
  • Borang permohonan pengeluaran wang elaun murid berkeperluan khas
Maka, dengan adanya SPK Bil.1 Tahun 2012 ini SPK Bil. 3 Tahun 2009 adalah terbatal. SPK Bil.1 Tahun 2012 berkuatkuasa 17 Februari 2012.

Boleh muat turun SPK Bil. 1 Tahun 2012 di sini


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Semulia-mulia manusia ialah orang yang punya adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memberi kemaafan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Saturday, February 11, 2012

LARIAN KECERGASAN


11 Februari 2012... berlangsung acara Larian Kecergasan bagi semua pelajar SMK Mutiara termasuklah pelajar PPKI. Seramai 22 orang pelajar PPKI menyertai larian ini, 12 orang pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Objektif Larian Kecergasan ini kepada pelajar PPKI adalah:- 
  • Memperkembangkan potensi diri melalui daya saing berteraskan semangat kesukanan.
  • Bersosial secara sihat dan positif.
Peta di bawah menunjukkan laluan peserta Larian Kecergasan.

Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar PPKI dalam Larian Kecergasan 2012 yang telah berjaya dari tempat pertama hingga sepuluh.

Pelajar lelaki:
  1. Mohd Azwan Bin Kusinim
  2. Ziman Bin Yusof
  3. Mohd Azlan Bin Abd Ghani
  4. Mukhjanishan Bin Muklis
  5. Erwandy Bin Edris
  6. Nicoles Timothy
  7. Alexander Jacuson Wong
  8. Mohd Shahrien Bin Jaman
  9. AJ. Yusof Bin Jumat
  10. Alfie Seck Bin Mohd Ridzuan Seck

Pelajar Perempuan:
  1. Mazlinda Binti Zulfakir
  2. Rachel Louis Tan Fong Ling
  3. Betharia Layun Sia
  4. Raihana Binti Sagap
  5. Aziemah Binti Muhaimni @ Muhaimin
  6. Zoe Loh Zing Yi
  7. Nabila Wafaa Binti Muhidin
  8. Nur Fazira Binti Azman
  9. Abdah Binti Ab Razak
  10. Nur Syahirah Binti Saidan
Tahniah kepada semua pemenang.. pada yang tidak berjaya berada di tempat 1 hingga 10, boleh cuba lagi tahun hadapan.. "Kecemerlangan insan istimewa, kegemilangan bersama"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : ..Jadikanlah masa yang berlalu itu Pengalaman dan Pengajaran.. : :
: : masa yang sedang berjalan isikan dengan amalan.. 
dan masa hadapan jangang terlalu diangan-angankan : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Wednesday, February 1, 2012

TAKWIM PPKI BULAN FEBRUARI 2012


PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH
Pemilihan Atlet Olahraga
07 Februari 2012
Kegiatan Kokurikulum
08 Februari 2012
Sambutan Hari Wilayah, Tahun Baru Cina dan Hari Jadi
10 Februari 2012
Larian Kecergasan
11 Februari 2012
Kegitan Kokurikulum
15 Februari 2012
Bengkel / Klinik  Kemahiran Undang-Undang dan Peraturan Olahraga
Sambutan Maulidur Rasul
16 Februari 2012
Permainan Futsal PPKI : Latihan Kecergasan
17 Februari 2012
Pencerapan P&P Guru PPKI
20 Februari 2012 hingga
25 Februari 2012
Kegiatan Kokurikulum
22 Februari 2012
Bengkel Sulaman Manik Asas
24 Februari 2012