..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Saturday, June 30, 2012

SELAMAT HARI LAHIR


Awang berarak ceria … tiada titisan hujan..
Pohon melambai.. tanda sokongan
Ku susuri perjalanan.. bertemankan senyuman..
Di hari lahir mu.. sahabat & anak murid ku…

Dedaun berguguran.. membuktikan kedewasaan..
Walau tanpa madah dan hadiah.. namun cukup bagi ku sekadar “ucapan”..
Selamat Hari Lahir.. Iringi doa ku hulur.. bersyukur kepada-Nya atas nikmat usia..

Sahabat & anak didik ku,
Usia yang tuhan kurniakan ini.. hiasi lah dengan amalan yang murni..
Semoga ia menjadi temanmu di akhirat nanti.. “selamat hari lahir”

Usia mu ibarat mutiara Tiada berganti lagi..
Hiaskan iman bersulam taqwa..
Agar sempat mengucup haruman syurgawi…

Wednesday, June 27, 2012

P&P KH MASAKAN (NASI GORENG)


RESEPI:-
  1. Nasi                                                   
  2. Minyak masak
  3. Peket Nasi Goreng jenama Saji
  4. Mix fruit
  5. Bawang merah
  6. Bawang putih
 Untuk hiasan:
  1. Timun
  2. Sosej
  3. Tomato
 PERALATAN:-
  1. Kuali
  2. Sudip
 CARA MEMBUATNYA:-
  1. Potong semua bahan yang ditumiskan iaitu bawang merah dan bawang putih.
  2. Cucikan semua bahan tumis iaitu bawang dan mix fruit.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya.
  4. Masukkan bawang merah dan putih. Kemudiannya masukkan peket nasi goreng jenama Saji sehingga baunya naik.
  5. Masukkan nasi dan mix fruit. Kacau sehingga semuanya bercampur.
  6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
 CARA HIDANGAN:-
  1. Ambik mangkuk bulat, masukkan nasi goreng ke dalam mangkuk tersebut dan padatkan.
  2. Kemudian, tekap mangkuk tersebut di atas pinggan.
  3. Hiaskan nasi goreng tersebut dengan sosej, tomato dan timun yang telah dipotong.
  4. Nasi goreng siap untuk dihidangkan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: :•• Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna ~ JIKA~ tidak
melakukan perkara yang betul ••: :

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Thursday, June 21, 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


!!TAHNIAH!!
PPKI SMKM mengucapakan Tahniah kepada 
Cik Sarniati Binti Pide

kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sepanjang tahun 2011 di PPKI SMKM.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : ... Orang yang CEMERLANG selalu membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan... : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Wednesday, June 20, 2012

MTAQ PERINGKAT NEGERI


Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Peringkat Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 20 Jun 2012 (Rabu, dan PPKI SK Pekan Satu telah menjadi tuan rumah.

PPKI SMKM hanya menghantar peserta bagi kategori:
Azan.
Nasyid.
Bercerita (Perempuan)

Semua peserta MTAQ  PPKI SMKM telah diurus sepenuhnya oleh Puan Roslaniah Binti Zainal tanpa melibatkan guru-guru lain.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada Cikgu Mohamad Faisal Bin Aminaldun dan Cikgu Sarniati Binti Pide yang dilantik menjadi hakim (juri).


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jangan menghina barang yang kecil.. kerana.. jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Monday, June 18, 2012

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN KALI KE 3

Tarikh    : 18 – 22 Jun 2012

Tempat  : Stadium Kangar, Perlis

Peserta PPKI SMKM yang mewakili WP Labuan:

1.      Mohd Azwan Bin Kusinim

2.     Erwandy Bin Edris

3.    Mazlinda Binti Zulfakir


Guru Pengiring

Kontinjen WP Labuan

Acara yang diwakili:

100 meter

Lontar peluru

Mohd Azwan Bin Kusinim
Pencapaian : Tempat ke 3, acara 100 meter


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Tuesday, June 12, 2012

Selamat Datang Murid Baru



PPKI SMKM telah menerima kehadiran lapan (8) murid baru. Pelajar tersebut adalah:
1.                  Ainah Binti Madong
2.                  Ag. Mohd Saiful Nizam Bin Ag. Damit
3.                  Danele Lim
4.                  Halik Bin Madong
5.                  Rajiah Binti Jambuli
6.                  Siti Zulaikha Binti Mohd Yusof
7.                  Steffine Binti Portim
8.                  Suhaimah Binti Suhaili

PPKI SMK mengucapkan selamat datang dan semoga murid-murid dapat membiasakan pembelajaran di peringkat menengah. Semoga keberadaan mereka di sini dapat membantu meningkatkan prestasi PPKI SMKM sewajarnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Barang siapa menghias dirinya dengan sifat malu, maka
Orang lain tidak akan menemukan aibnya
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Monday, June 11, 2012

CARTA ORGANISASI - UPDATE


Dengan kemasukan guru baru, maka carta organisasi telah dikemaskini. Guru baru yang dimaksudkan ialah Cikgu Yusrina Binti Yusof. Cikgu ini telah dilantik untuk mengajar kelas Bermasalah Pembelajaran.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hidup biarlah berbakti biarpun tidak dipuji

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Monday, June 4, 2012

DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN 2012


Tempoh Pengajian : 50 hari (5 hari x 1 modul x 10 sesi)

                                                Mulai Jun 2012   hingga  Disember 2012

Mod Pengajian             : Kursus Dalam Perkhidmatan

 

* Ditawarkan kepada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan  yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:-

i)        Warganegara Malaysia

ii)      Memiliki Ijazah / Diploma Pendidikan / Perguruan atau Sijil Perguruan

iii)    Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama

iv)    Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 2012

v)      Sihat fizikal dan mental untuk menjalani latihan amali

vi)    Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM dan Program Pensiswazahan Guru

vii)  Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

viii)Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.

ix)    Bebas dari tindakan tatatertib.

 

* Maklumat lanjut sila layari laman sesawang KPM dan laman portal BPG mulai 5 – 15 Jun 2012.

* Sila klik di SINI untuk download surat siaran

  

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kegagalan itu merupakan guru yang paling berkesan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Friday, June 1, 2012

TAKWIM PPKI JUN 2012

TARIKH
PROGRAM / AKTIVITI
11 Jun 2012
(Jun-Julai 2012)
Bengkel Membina Esei (Disleksia)
13 Jun 2012
Kegiatan Kokurikulum
15 Jun 2012
Pertandingan Bola Jaring & Futsal
20 Jun 2012
Kegiatan Kokurikulum
21 Jun 2012
Mesyuarat RPI
22 Jun 2012
Kem Bestari Solat
27 Jun 2012
Kegiatan Kokurikulum
29 Jun 2012
Penyerahan Slip Instrumen Penilaian Murid


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : ... Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup hingga ke penghujung usia... : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *