..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Tuesday, July 31, 2012

HAPPY BIRTHDAY JULY


Surat Siaran KPM Bil.25 Tahun 2012 : Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 2012

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Bil. 25 Tahun 2012

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2011: Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KP(BPSH-SPDK) 201/005/02/ Jld.3 (25) bertarikh 31 Oktober 2011.

selanjutnya sila klik di sini

Monday, July 30, 2012

BENGKEL KREATIVITI III

Cikgu Nurita & Cikgu Yusrina menjadi guru pembimbing di kelas Tekun

Cikgu Mohamad Faisal menjadi guru pembimbing di Kelas Yakin

Cikgu Lee Vi Vly menjadi guru pembimbing di Kelas Amanah



Cik Napsiah menjadi PPM pembimbing di Kelas Dedikasi


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk mendapatkannya
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Thursday, July 12, 2012

BENGKEL UNDANG-UNDANG PERMAINAN FUTSAL


Tarikh         : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa  : 07.00 – 11.30 pagi
Jurulatih               : En. Mohamad Faisal Bin Aminaldun
Guru Pengiring       : Semua guru penasihat Kelab Futsal PPKI SMK Mutiara :-
1)    En. Azman Bin Mustapha
2)   Pn. Nurita Binti Juslin
3)   Pn. Norlizah Binti Abdul Rahman

Pembantu Guru       : Pn. Mariani Binti Md Rani
(PPM)

Peserta        : 16 pelajar lelaki (PPKI SMKM)

Bengkel ini diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, Jalan Tanjung Purun, WP Labuan. Bengkel ini dikendalikan oleh Jurulatih futsal iaitu En. Mohamad Faisal Bin Aminaldun dan dibantu oleh 3 orang guru penasihat Kelab Futsal iaitu En. Azman Mustapha, Pn. Nurita Binti Juslin serta Pn. Norlizah Binti Abdul Rahman dan seorang pembantu guru penasihat iaitu Pn. Mariani Binti Md. Rani.

Bengkel kali ini dihadiri seramai semua ahli kelab futsal dan 4 murid lain yang amat berminat dengan permainan ini. Di dalam bengkel ini semua peserta didedahkan kepada:-
  • Sejarah dan perkembangan futsal.
  • Peraturan dan undang-undang futsal.
  • Pengelolaan kejohanan dan sistem pertandingan.

Selepas sesi taklimat dan penerangan mengenai undang-undang dan peraturan permainan futsal semua peserta dibenarkan bermain permainan kecil Permainan Futsal Bola Beracun. Permainan ini berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Mulakan hari anda dengan niat suci agar segala apa yang anda lakukan mendapat keredhaan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Monday, July 2, 2012

TAKWIM PPKI JULAI 2012

TARIKH
PROGRAM / AKTIVITI
02 – 06 Julai 2012
Kejohanan Padang dan Balapan
06 Julai 2012
Bengkel Membuat Botol Cantik
13 Julai 2012
Program 1Malaysia
17 Julai 2012
Program Ihya Ramadhan dan MTAQ
26 Julai 2012
Mesyuarat JK Pendidikan Khas Bil 3/2012
31 Julai 2012
Reading In English


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : ... Orang yang CEMERLANG selalu membentuk niat yang murni untuk setiap kegiatan yang dilakukan... : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *