..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Friday, August 31, 2012

HAPPY BIRTHDAY OGOS

PPKI  SMKM mengucapkan “Selamat Ulangtahun Kelahiran” kepada warga PPKI yang dilahirkan pada bulan ogos. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.. Manfaatkan hidup yang kian singkat ini.. kepada Guru dan PPM teruskan berbakti kepada mereka yang istimewa ini… &.. buat anak didik terus dan terus berusaha mempelajari sesuatu agar bermanfaat untuk masa hadapan.


Wednesday, August 29, 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN & HARI JADI

Tarikh
:
29.08.2012
Hari
:
Rabu
Tempat
:
Kelas PPKI,  SMKM


Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang telah disambut pada 19 Ogos  dan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos, PPKI SMKM telah mengadakan sebuah majlis bagi memeriahkan lagi suasana berhari raya di bulan kemerdekaan. Majlis tersebut diberi nama “MerdekaRaya dan Hari Jadi”.  Majlis sambutan perayaan ini disekalikan dengan majlis hari jadi bagi meraikan warga PPKI SMKM yang dilahirkan pada bulan Ogos, September dan Oktober.

Jom kita tengok aksi-aksi nakal warga PPKI SMKM di hari sambutan tersebut…




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
::•• Kadangkala kamu harus DIAM, menerima bahawa kamu berbuat SALAH.. 
••Bukan kerana kamu MENYERAH.. tetapi kerana kamu DEWASA ::

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Thursday, August 16, 2012

SALAM PERPISAHAN KAK JAI



PPKI SMKM mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti Puan Jainon Binti Amit sebagai salah seorang Pembantu Pengurusan Murid di sekolah ini. Keprihatinan, kerjasama serta kecekapan dalam menjalankan tugas amat dihargai. Puan Jainon berada di sekolah ini mulai 16 Jun 2008 setelah berpindah daripada SK Merambat, Limbang Sarawak. Kini perkhidmatan Puan Jainon amat diperlukan di PPKI Sekolah Rendah (SK Bukit Kalam, WP Labuan) yang baru dibuka. Dengan pengalaman yang sedia ada kami percaya Puan Jainon mampu melakukannya.

Kami mengucapkan salam perpisahan. Jika ada kesalahan dan kesilapan, kami mohon maaf.. semoga berjaya di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini..

~Himpunkan kenangan indah, simpanlah senda gurauan..
andainya kau kerinduan, itulah jadi penawar~


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
::•• Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang pahit itu bukan semuanya racun.. ••Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus ::

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Friday, August 3, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA

Tarikh
:
03.08.2012
Hari
:
Jumaat
Tempat
:
Hotel Tiara, WP Labuan


Majlis berbuka puasa ini diadakan oleh guru-guru dan PPM . Ini merupakan majlis julung kali di adakan di PPKI SMKM. Namun, tidak semua guru-guru dan PPM dapat hadir. Walau bagaimanapun, majlis ini bukanlah majlis rasmi PPKI dan segala perbelanjaan majlis ini adalah ditanggung sendiri oleh guru-guru dan PPM yang hadir sahaja.

Cikgu Azman dan Keluarga

Cikgu Mohamad Faisal dan Keluarga

Cikgu Nurita dan Keluarga

Cikgu Norlizah dan Cikgu Norsabturiah

Pn. Mariani dan Keluarga

Pn. Jainon dan Keluarga 


Terima kasih buat yang hadir.. semua guru dan ppm yang hadir bersama keluarga masing-masing berasa sangat teruja kerana menghadiri majlis yang julung kali diadakan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Teman ketawa bagaikan air di daun keladi, walau tercurah tak terkesan ..
••tapi, sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus ..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Wednesday, August 1, 2012

TAKWIM PPKI OGOS 2012

TARIKH
PROGRAM / AKTIVITI
09 Ogos 2012
Bengkel Membuat Biskut Raya
30 Ogos 2012
Sambutan Merdeka Raya & Hari Jadi