..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Friday, November 30, 2012

SELAMAT HARI LAHIR NOVEMBER

Birthday are so special they come but once a year to let us 
shower more love and care on those we hold so dear
Have a wonderfull day…


Thursday, November 29, 2012

Monday, November 19, 2012

VERSI BARU PORTAL BPKHAS

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas boleh dicapai di www.moe.gov.my/bpkhas/v2.



Sila laaa klik untuk melawat dan dapatkan info-info terkini mengenai Pendidikan Khas.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Keep Up The Good Work ••

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Wednesday, November 7, 2012

HARI ANUGERAH PENDIDIKAN KHAS DAN PEMULIHAN KHAS PERINGKAT WP LABUAN


Tarikh             : 7 November 2012 (Rabu)
Masa               : 7.00 pagi
Tempat           : Dewan Sri Kedayan, SK Sungai Lada, WP Labuan.
Dirasmikan    : Pn. Maimon Bt. Matnoh
Oleh                 Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Hari Anugerah ini merupakan wadah untuk menghargai dan meraikan kebolehan dan bakat-bakat murid pendidikan khas dan pemulihan khas sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Anugerah yang diberikan ini juga diharap dapat mendorong pembentukan kendiri yang positif, semangat juang dan semangat berpasukan demi melahirkan modal insan yang berwibawa dan mempunyai jati diri yang tinggi.

AHLI JAWATANKUASA INDUK:


Penaung
:
Pn. Mistrine Radin
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran WP Labuan
Penasihat
:
En. Omar Baki Bin Matusin
Timbalan Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran WP Labuan
Ex-Officio
:
En. Ramlii Bin Arrifai
Pegawai Rangsangan Ekonomi
Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas
Pengerusi Bersama
:
1.    Pn. Zabidah Binti Karamin
     Guru Besar SK Bukit Kalam, WP Labuan
2.    En. Jaafar Bin Hj. Matusin
     Guru Besar SK Rancha-Rancha, WP Labuan
Timbalan Pengerusi I
:
En. Abindi Bin Hj. Samat
Timbalan Pengerusi II
:
Pn. Maimunah Binti Latip
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Rancha-Rancha
Setiausaha
:
En. Heidar Hussein Bin Mohammad Rashid
Penyelaras Pendidikan Khas SK Bukit Kalam


AHLI JAWATANKUASA KERJA:-

PROTOKOL                                                           SLAID PENERIMA
Guru Besar / Pengetua / Penolong Kanan                    SK Pantai

SAMBUTAN                                                          PENGACARA / TEKS UCAPAN
SMK MUTIARA                                                                      SMK Lajau
SK Pekan 1

HADIAH / CENDERAHATI / SIJIL                         DOKUMENTASI
SK Pantai                                                                               SMK LAJAU
                                                                                                BTPM

PENDAFTARAN                                                    BACAAN DOA
SMK Mutiara                                                                         SK Pantai

PUBLISITI                                                              JAMUAN
SMK Mutiara                                                                         SK Pekan 1

BACKDROP DAN PENTAS                                    BUKU ATURCARA
SK Rancha-Rancha                                                              SK Rancha-Rancha
SK Bukit Kalam                                                                     SK Bukit Kalam

KATEGORI HADIAH:

KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS:-

BOLA JARING:-

Sekolah Rendah                                       Sekolah Menengah
Johan             = SK Pekan 1                         Johan             = SMK Mutiara
Naib Johan   = SK Pantai                            Naib Johan   = SMK Lajau
Ketiga             = SK Rancha-Rancha          

BOWLING:-

Sekolah Rendah                                      Sekolah Menengah
Johan             = SK Pekan 1                         Johan             = SMK Lajau

FUTSAL:-

Sekolah Rendah                                       Sekolah Menengah
Johan             = SK Pekan 1                         Johan             = SMK Lajau (Team A)
Naib Johan   = SK Pantai                            Naib Johan   = SMK Lajau (Team B)
Ketiga             = SK Rancha-Rancha           Ketiga             = SMK Mutiara (Team B)


KARNIVAL FESTIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS

PERTANDINGAN MUZIK:-

Johan             = SK Pantai               
Naib Johan   = SK Bukit Kalam                             
Ketiga             = SMK Lajau

PERTANDINGAN KOIR:-

Johan             = SK Pekan 1            
Naib Johan   = SK Pantai                           
Ketiga             = SK Rancha-Rancha

PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA:-

Johan             = SMK Mutiara                     
Naib Johan   = SMK Lajau                         
Ketiga             = SK Pantai


Foto sana-sini sepanjang majlis berlangsung:-

Mazlinda Zulfakir 
mewakili Pasukan Bola Jaring untuk menerima hadiah Johan sempena Karnival Bola Jaring

PPKI SMKM Team B
Tempat Ketiga Permainan Futsal sempena Karnival Permainan
(Harun, Mohamad Cikal, Mohd Azlan, Ahmad Jarullah dan Zulfiqar)

Bapa pelajar yang mewakili anaknya (Betharia Layun Sia) untuk menerima
Anugerah Harapan Kokurikulum Sekolah Menengah (Kategori: Perempuan)

Mukhjanishan Bin Mukhlis @ Bob
Anugerah Berlian Pendidikan Khas (2010/2011)

Mohamad Syahreel Izwan Bin Sani
Anugerah Berlian Pendidikan Khas (2010/2011)

Ahmad Aiman Bin Andari
Anugerah Khas Berlian Pendidikan Khas (2010/2011)

RACHEL LOUIS TAN
Anugerah Khas Berlian Pendidikan Khas (2010/2011)

RACHEL LOUIS TAN
Anugerah Harapan Akademik Pendidikan Khas 2012
Kategori Sekolah Menengah (Masalah Pembelajaran)

NICOLES TIMOTHY
Anugerah Harapan Akademik Pendidikan Khas 2012
Kategori Sekolah Menengah (Disleksia)

MOHD AZWAN BIN KUSINIM
Anugerah Kokurikulum

NUR SYAHIRAH BINTI SAIDAN
Anugerah Kepimpinan

Majlis ini berakhir pada jam 1.00 tengahari. Tahniah kepada semua penerima anugerah.


“Kilauan Berlian Insan Istimewa”


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Hidup biar beradap bukan untuk biadap ••

           * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Tuesday, November 6, 2012

JUARA BOCCE


Tahniah  buat  2  orang  pelajar  PPKI SMKM  yang  telah  mewakili  Malaysia ke Pertandingan 2012  Special   Olympic  East  Asia  Regional  Summer  Event  Competition  Taiwan  dalam acara Bocce  berkumpulan   yang  telah  di  adakan  pada  27 – 31 Oktober  2012 dan mereka telah menjadi  JOHAN.  Pelajar-pelajar tersebut adalah:-
1. Saidin Ghazalba Bin Mohidin
2. Ryan Isaac Pang Yun Kim


Terima Kasih  kerana  mengharumkan  nama  Malaysia,  WP  Labuan,  Sekolah serta Ibu Bapa masing-masing. Teruskan  berusaha  untuk  mencapai  yang  terbaik.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Jika kau fikirkan kau boleh.. kau pasti boleh melakukan.. jika kau fikirkan ragu-ragu..
usaha mu tidak menentu ••
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


KARNIVAL KESENIAN PENDIDIKAN KHAS


Tarikh   : 06 November 2012
Tempat : SK Pantai, WP Labuan
Acara yang dipertandingkan :
  1. Pertandingan Koir
  2. Pertandingan Muzik
  3. Pertandingan Gubahan tuala

Peserta:
Pertandingan Koir:-
  1. Mazlinda Binti Zulfakir                            7.   Danele Lim
  2. Nabilah Wafaa Binti Muhidin                   8.   Nur Syahirah Binti Saidan
  3. Norajnie Binti Mohd Raji                         9.   Liew Kah Fui
  4. Raihana Binti Sagap                              10. Mohd Azizan Bin Amat
  5. Umi Sufinah Binti Ajamain                      11. Mohd Shahrien Bin Jaman
  6. Nurul Fahizzati Binti Mustakim

Permainan Alat Muzik:-
  1. Danele Lim
  2. Umi Sufinah Binti Ajamain
  3. Rachel Louis Tan Fong Ling
Gubahan Tuala :-

  1. Ainah Binti Madong
  2. Analin Binti Huwsam
  3. Ziman Bin Yusof

Guru Pengiring:-
  1. Pn. Roslaniah Binti Zainal
  2. Cik Sarniati Binti Pide
  3. Cik Shirley Anyie
  4. Cik Maslika Binti Ramli @ Yusof

Pembantu Pengurusan Murid:-
  1. Cik Napsiah Binti Along

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada Hari Anugerah Pendidikan Khas peringkat WP Labuan yang diadakan pada 07 November 2012.

**kredit gambar daripada facebook PPKI SK Pekan 1 dan Cikgu Nur Ieda… terima kasih


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• mengenali tentang diri seseorang adalah melalui Adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya ••

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


MAJLIS ANUGERAH MOTIVASI

TARIKH        : 06.11.2012 (SELASA)
MASA          : 1.00 – 4.30 PETANG
TEMPAT       : DEWAN KULIAH, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, WP LABUAN



Majlis Anugerah Motivasi merupakan acara tahunan bagi memberi pengikhtirafan terhadap kecemerlangan semua pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun ini PPKI SMKM telah memberi pengikhtirafan dengan memberikan sebanyak lima belas (15) anugerah kepada pelajar PPKI dan lima (5) orang pelajar PPKI akan menerima graduasi.

Persembahan Koir oleh pelajar PPKI SMKM
Dari kiri: Nabilah Wafaa, Norajnie, Umi Sufinah, Nurul Fahizati, Danele dan Nur Syahirah









GRADUASI PELAJAR PPKI SMKM BAGI BERAKHIR TAHUN 2012


Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pengikhtirafan ini akan dapat memotivasi diri mereka lagi dan dapat menjadi contoh kepada pelajar yang lain.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya.. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ••

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Monday, November 5, 2012

SELAMAT DATANG PPM BARU


PPKI SMKM mengucapkan “Selamat Datang” kepada Pembantu Pengurusan Murid yang baru. Beliau lebih mesra dengan panggilan “Dayang”. Beliau berasal daripada Miri, Sarawak dan bertugas sebagai PPM Pra Sekolah di salah sebuah sekolah di Marudi, Sarawak.
Selamat Datang dan Selamat bertugas, semoga pengalaman berharga di sekolah lama bermanfaat untuk dikongsi di sini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Perjalanan 1000 batu bermula dari 1 langkah ••

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


Tarikh             : 05 November hingga 06 Disember 2012

PPKI SMKM mengucap selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada semua pelajar seluruh Malaysia yang mengambil peperiksaan tersebut. Dan teristimewa buat pelajar PPKI SMKM iaitu :-

·         Betharia Layun Sia
·         Tan Vui Sheng

Semoga dapat menjawab soalan dengan baik..

Berikut adalah jadual SPM bagi tahun 2012. Sila klik rajah di bawah untuk download…


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela ••
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *