Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan
Objektif aktiviti ini diadakan:
- Mendedahkan kepada pelajar Pendidikan Khas dengan aktiviti luar yang lasak dan mencabar.
- Memberi kesedaran kepada pelajar Pendidikan Khas bahawa mereka tidak ketinggalan dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum.
- Semua pelajar Pendidikan Khas.
- Guru-guru dan PPM.
- Jurulatih Pusat Kokurikulum.
Masa | Aktiviti |
7.30 am | 1. Pelajar berkumpul di kantin sekolah. 2. Sarapan pagi. |
8.00 am | 1. Guru dan pelajar menaiki bas ke pusat ko-kurikulum. |
8.30 am | 1.Taklimat tentang Paintball oleh Pegawai Pusat Kokurikulum. 2. Aktiviti permainan paintball. |
10.30 am | 1. Penyampaian cenderamata. |
11.30 am | 1. Minum pagi. 2. Bersurai. 3. Guru dan pelajar menaiki bas balik ke sekolah. |
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI:
Sebelum bertolak: semua pelajar beratur mengikut kumpulan masing-masing
Semua pelajar beratur menaiki bas
Semua pelajar kyusuk mendengar peraturan permainan paintball
Peralatan Permainan Paintball
1 2 3 tembak...
Jurulatih Pusat Ko sedang menunjukkan cara menembak
Jurulatih dan guru-guru sedang membantu pelajar memakai pakaian keselamatan
Permainan Paintball yang aras mencabar
Kumpulan pelajar dengan guru pengiring
Penyampaian Cenderamata oleh Pen. Penyelaras PPKI SMKMutiara
Semua pelajar menikmati minum pagi ~ nasi lemak, air kotak & air mineral
Program ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua AJK Kerja menjalankan tugas masing-masing dan memberikan kerjasama yang baik kepada para Jurulatih Pusat Kokurikulum. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.