..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Monday, November 15, 2010

SALAM AIDIL ADHA

PPKI SMK Mutiara mengucapkan Selamat Bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha pada 16-17 November 2010 kepada seluruh warga SMKM.. & Salam Aidil Adha buat seluruh warga Malaysia yang meraikan perayaan ini...

Tuesday, August 3, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI LAHIR 2010

PPKI SMKM telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Lahir pada 03 Ogos 2010 (Selasa) bertempat di Kelas Vinca. Majlis ini berlangsung dari jam 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Objektif sambutan ini diadakan adalah untuk:
1. Memupuk semangat cintakan negara dan mewujudkan semangat patriotisme yang jitu dalam diri murid-murid terhadap agama, bangsa dan negara.
2. Melibatkan murid-murid dalam aktiviti penghayatan dan pemahaman erti kemerdekaan yang menyeluruh.
3. Meraikan murid-murid yang dilahirkan pada bulan April-Ogos.

 Aktiviti: Pertandingan Reka Cipta Kad Hari Lahir
Aktiviti: Pertandingan Pakaian Beragam
 Aktiviti : Pertandingan Nyanyian lagu patriotik
 Penyampaian Hadiah & Kad Hari Lahir
 Bacaan Doa oleh pelajar PPKI
 Yang dirai ~ Guru-guru & para pelajar yang lahir antara April-Ogos
 Laungan Kemerdekaan "Merdeka" "Merdeka" "Merdeka"
 Kek Hari Kemerdekaan
 Jemputan yang hadir : Pen. Kanan Kokurikulum
 
 Kad Jemputan, Kad Hari Lahir & Buku Aturcara ~ disediakan oleh AJK Kad Jemputan
 AJK Persiapan Tempat

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Lahir 2010 ini berjalan dengan lancar. Seluruh AJK Kerja majlis ini mengucapkan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis yang bermanfaat seperti ini dapat kita adakan lagi di tahun-tahun yang akan datang.

Friday, April 2, 2010

Lawatan ke UMW Toyota Motor Labuan Branch.


Taklimat daripada kekitangan MBW Toyota kepada pelajar mengenai
jenis-jenis kenderaan yang terdapat di garaj Toyota.


Pelajar melihat dan mengenali lebih dekat komponen sebenar kereta berjenama Toyota.


1 April 2010 - Lawatan pelajar lelaki Program Pendidikan Khas SMK Mutiara ke Cawangan Toyota W.P Labuan telah memberi inspirasi yang sangat besar kepada semua pengunjung. Pelajar didedahkan dengan perkembangan kereta Toyota, alat gantian kereta dan tips-tips penjagaan kereta. Pelajar berkesempatan melihat sendiri komponen dalam kereta sebenar disamping mengetahui serba sedikit jenis-jenis peralatan membaiki kereta. Pelajar juga berkesempatan melihat sendiri bengkel mencuci kereta yang lengkap dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

Sebaik tamat sahaja kunjungan pelajar, pihak Toyota tidak lupa memberi cenderemata yang sangat menarik kepada setiap pelajar iaitu Pensel warna, buku mewarna dan beg kitar semula yang berjenama toyota. Apa yang penting pelajar telah membawa pengalaman yang cukup bermakna untuk diterapkan di sekolah iaitu pada subjek Kemahiran Hidup. (Bengkel Mencuci Kereta PPKI SMK Mutiara).

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih ke atas penerimaan kunjungan daripada MBW Toyota cawangan labuan. Tidak lupa juga, pihak pengurusan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Saturday, March 27, 2010

Cerita Kejayaan Inividu berstatus Pendidikan Khas


Video ini diambil dari www.youtube.com yang mengisahkan tentang kehidupan setiap insan yang berstatus pendidikan khas dan berjaya menempuh kehidupan mereka untuk menjadi individu yang cemerlang di dalam masyarakat ini. Pengorbanan dan kejayaan mereka yang digilapdengan usaha kental menunjukkan golongan ini bukanlah golongan yang lemah seperti kita jangkakan. Marilah kita bangkit terutamanya guru-guru pendidikan khas untuk membantu mereka melonjak jauh dari apa yang mereka tidak sangkakan. Ini kerana bakat dan kemahiran manusia boleh sentiasa digilap mengikut kecenderungan dan kebolehan masing-masing. Ayuh, bangkitlah wahai anak-anakku...

Thursday, March 25, 2010

Latihan Kebakaran



24 Mac 2010 - Satu latihan kebakaran telah diadakan buat kali pertama di SMK Mutiara sempena Program Minggu Sekolah Selamat. Kira-kira Jam 8.30 pagi loceng telah dibunyikan secara berderetan menandakan sesuatu kebakaran telah berlaku. Semua pelajar dan guru-guru bergerak ke padang sekolah untuk mengosongkan bangunan sekolah. Program ini telah dijalankan oleh unit HEM untuk memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah tentang cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.

Written by Administrator (Cikgu Lee)

Tuesday, March 23, 2010

AKTIVITI LUAR : PERMAINAN PAINTBALL

Tarikh   : 23 Mac 2010 [Selasa]
Tempat : Pusat Kokurikulum Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan

Objektif aktiviti ini diadakan:
  1. Mendedahkan kepada pelajar Pendidikan Khas dengan aktiviti luar yang lasak dan mencabar.
  2. Memberi kesedaran kepada pelajar Pendidikan Khas bahawa mereka tidak ketinggalan dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum.
 Kumpulan sasaran:
  • Semua pelajar Pendidikan Khas.
  • Guru-guru dan PPM.
  • Jurulatih Pusat Kokurikulum.
Tentatif Program:

Masa
Aktiviti
7.30 am
1. Pelajar berkumpul di kantin sekolah.
2. Sarapan pagi.
8.00 am
1.  Guru dan pelajar menaiki bas ke pusat ko-kurikulum.
8.30 am
1.Taklimat tentang Paintball oleh Pegawai Pusat Kokurikulum.
2.  Aktiviti permainan paintball.
10.30 am
1. Penyampaian cenderamata.
11.30 am
1. Minum pagi.
2. Bersurai.
3. Guru dan pelajar menaiki bas balik ke sekolah.

GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI:
 Sebelum bertolak: semua pelajar beratur mengikut kumpulan masing-masing
 Semua pelajar beratur menaiki bas
 Semua pelajar kyusuk mendengar peraturan permainan paintball
 Peralatan Permainan Paintball
 1 2 3 tembak...
 Jurulatih Pusat Ko sedang menunjukkan cara menembak
 Jurulatih dan guru-guru sedang membantu pelajar memakai pakaian keselamatan
 Permainan Paintball yang aras mencabar
 Kumpulan pelajar dengan guru pengiring
 Penyampaian Cenderamata oleh Pen. Penyelaras PPKI SMKMutiara
 Semua pelajar menikmati minum pagi ~ nasi lemak, air kotak & air mineral

Program ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Semua AJK Kerja menjalankan tugas masing-masing dan memberikan kerjasama yang baik kepada para Jurulatih Pusat Kokurikulum. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang.

Friday, March 19, 2010

Video

 

Keringat Guru Pendidikan Khas
"Lahirnya mereka ke dunia ini bukannya dipinta.Namun wujudnya kita disisi mereka amat penting untuk memimpin hidup mereka yang lebih sempurna."

Sunday, February 7, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan 2010

Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) SMK Mutiara juga tidak ketinggalan mengikuti acara tahunan sekolah iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan 2010 pada 4, 5, 6 Februari 2010. Inilah peluang bagi pelajar kita menunjukkan bakat dan potensi mereka dalam aktiviti bersukan.

Acara yang diikuti oleh PPKI SMK Mutiara adalah Acara Lompat Jauh, Acara Lontar Peluru. Acara olahraga diikuti dengan acara 100X4 larian baton dan larian 100m.


Acara lontar peluru bagi kategori lelaki oleh adik Bruddin.


Acara lompat jauh kategori lelaki oleh adik Eril.




Acara larian 100m kategori lelaki.
Di hadapan Adik Firdaus mendahului pelajar yang lain.



Acara 4 X 100m bagi kategori perempuan.
4 orang pelajar ini mengetuai barisan pertama bagi pelepasan awal.


Sebaik selesai acara, semua pelajar termasuk guru sangat gembira kerana telah menjayakan acara ini yang berlangsung selama 3 hari. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan acara yang gilang gemilang ini. Bagi yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan.

Written by administrator (Cikgu Lee)


Saturday, January 23, 2010

Larian Merentas desa Peringkat Sekolah 2010


Larian merentas desa yang dilepaskan oleh
Pengetua SMK Mutiara, Puan Zamzam bt. Abdul Rashid.




20 pelajar termasuk lelaki dan perempuan yang memenangi Larian Rentas Desa 2010.


Program Merentas desa peringkat sekolah telah diadakan pada Hari Jumaat 22 Januari 2010. Semua pelajar Pendidikan Khas SMK Mutiara mewakili rumah sukan masing-masing telah mengambil bahagian. Program ini bermula Jam 8.30 pagi dan tamat Jam 11.00 pagi.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan Larian Merentas Desa pada tahun ini.

Written by Administrator (Cikgu Lee)