..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Tuesday, November 8, 2011

KEM 1 MURID 1 SUKAN


Kem 1Murid 1Sukan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 08, 09 dan 10 November 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Kg. Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini disertai 20 orang murid Sekolah Menengah dan 38 orang murid Sekolah Rendah.

Objektif Kem 1M1S ini adalah:
  1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
  2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan guru dan murid.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan
  4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.
  5. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.
~ Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan kem ini ~

Sunday, July 10, 2011

Berjaya merangkul 2 Emas dari Special Olympics World Summer Games di Athens, Greece.

Semua warga PPKI SMK Mutiara turun mengikuti rombongan menyambut 
ketibaan Betharian Layun Sia di lapangan terbang Labuan. 

 Ketibaan Betharia Layun Sia telah disambut oleh 
Pengarah Pelajaran WP Labuan, Pengetua SMK Mutiara, 
ibu bapa dan semua warga SMK Mutiara. 

Kehadiran Betharia ini turut diraikan oleh Pertubuhan Sukan Special Olympic (NGO) dengan banner yang memaparkan "Puteri Emas Labuan" dimana Betharia berjaya merangkul 2 emas bagi sukan boling di peringkat antarabangsa.

Pada hari seterusnya, majlis simbolik diadakan di sekolah untuk meraikan kemenangan adik Betharia di tapak perhimpunan SMK Mutiara bersama semua pelajar SMK Mutiara. Tepukan gemuruh diberikan oleh semua pelajar dan guru SMK Mutiara semasa pelajar masuk ke kawasan tapak perhimpunan. Seisi pergambaran dilangsungkan bagi merakam detik kemenangan dan kebangaan buat semua warga Mutiara. 

Saturday, June 18, 2011

Program Ceramah Kejara

Program ini telah dijalankan pada 16 June 2011 bersama dengan Polis Trafik W.P Labuan dan pegawai Kejara dari Kota Kinabalu. pelajar telah diberi ceramah tentang kesedaran keselamatan jalan raya dan semasa melintas jalan raya. Aktiviti ini sangat menarik dengan tayangan slide yang bergambar membantu murid memahami dengan lebih jelas dan menyeronokkan. Semua murid diberi peluang untuk tampil ke hadapan dengan menjawab pelbagai soalan yang berkaitan disamping mendapat hadiah cenderamata buku oleh penceramah KEJARA. Guru-guru juga tidak ketinggalan untuk disoal untuk memberi rangsangan kesedaran dengan suasana yang menyeronokkan.

Sebaik sahaja ceramah di dalam dewan, semua pelajar dan guru-guru berkumpul di hadapan simpang SMK Mutiara. Aktiviti ini dibantu oleh pegawai polis dan polis trafik untuk memberi peluang pelajar melintas jalan raya dengan cara yang betul...

"berdiri belakang garisan, pandang kanan, pandang kiri, pandang kanan lagi.. apabila keadaan selamat tiada kereta barulah melintas dengan secepat yang mungkin..."



Tuesday, April 19, 2011

HASIL KERJA MURID


19 April 2011- Hasil pelajar yang bertajuk Robot dan Kereta.
oleh Harun Pasman (Kelas Adil)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat

5 April 2011- Hasil pelajar yang bertajuk Rumah ku.
oleh Aziemah (Kelas Adil)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat.
5 April 2011- Hasil pelajar yang bertajuk My Face.
oleh Henry Tiong Kai Ping (Kelas Adil)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat.
 
4 April 2011- Hasil pelajar yang bertajuk Robot dan Kereta.
oleh Harun Pasman (Kelas Adil)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat.

15 April 2010- Hasil pelajar yang bertajuk "Ikan Todak dan Ikan Yu"
oleh Mohd Firdaus(Kelas Vandopsis)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat.

13 April 2010 - Hasil pelajar yang bertajuk "nemo"
oleh Mohd Noor Irfan (Kelas Vanda)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat.

8 April 2010 - Hasil pelajar  yang bertajuk "muka saya"
oleh Mohd Firdaus (Kelas Vandopsis)
dalam subjek Pengurusan Teknologi maklumat.

Hasil Pelajar - Robot
oleh Micheal Ho Chee Kin (Kelas Vandopsis)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat

Hasil Pelajar - Duck
Nur Syahirah Saidan (Kelas Vandopsis)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat 

Hasil Pelajar - Kasih Sayang
Mohd Saiful Alif Duraman (Kelas Vandopsis)
dalam subjek Pengurusan Teknologi Maklumat


Hasil pelajar bagi mata pelajaran multimedia.

Thursday, March 24, 2011

Pemilihan Atlet Sukan

Tahniah kepada pelajar yang berjaya melepasi ujian pemilihan atlet bagi sukan olahraga pada hari 22 March 2011. Acara larian 200 meter telah dilaksana di padang SMK Mutiara pada pukul 8.00 hingga 9.20 pagi.


 Walaupun keadaan padang yang basah selepas hujan, pelajar dan guru-guru tetap turun ke padang untuk merealisasikan pencapaian olahraga sekolah. Kepada pelajar yang tidak berjaya dipilih, peluang lain masih menunggu kalian. Jangan berputus asa.Guru-guru sedia membimbing kalian. 


Hari ini, 24 Mac 2011 pagi Khamis, sekali lagi pelajar kita yang telah dipilih telah pun menjalani latihan olahraga yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul, Cikgu Faisal dan Cikgu Nurita. Penglibatan dan pengorbanan anak-anak sekalian sungguh membanggakan guru-guru. 


Semoga latihan kali ini mampu memantapkan lagi semangat kesukanan dan prestasi demi menjulang nama PPKI SMK Mutiara. 




Tuesday, February 15, 2011

PERTUKARAN NAMA KELAS, PPKI(BP) SMK MUTIARA.


NAMA KELAS 2011





PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK MUTIARA, W.P LABUAN











PENYELARAS TINGKATAN: PN. ROSLANIAH BT. ZAINAL


NAMA KELAS ASAL
NAMA KELAS BARU
GURU KELAS

VERONICA
JUJUR

PN. SITI NORAIDAH

VINCA

AMANAH

CIK SARNIATI

VANDOPSIS
TEKUN

PN. NURITA

VELERIANA
YAKIN

EN. MOHD FAISAL

VANDA

RAJIN

PN. MARNI

AZALEA

SETIA

CIK LEE VI VLY

AVENA

ADIL

PN. NORLIZAH

ASTER

PATRIOTIK
EN. MOHD KHAIRUL

AVER

MUAFAKAT
CIK MASLIKA

ALISMA

TOLERANSI
CIK SHIRLEY

ARONIA

DEDIKASI
CIK NORSABTURIAH

Friday, January 28, 2011

SISTEM SEMAKAN TAPISAN KESELAMATAN ONLINE

Kini kita boleh membuat semakan bagi Tapisan Keselamatan Negara 
melalui laman berikut:


http://www.cgso.gov.my/~cgso/portal/portal_service/sstk.php

Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG SMK Mutiara dan
Penyerahan Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2010..
-29 Januari 2010 (Sabtu)
-Lokasi: Dewan Semarak,
SMK Mutiara.