..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Sunday, July 10, 2011

Berjaya merangkul 2 Emas dari Special Olympics World Summer Games di Athens, Greece.

Semua warga PPKI SMK Mutiara turun mengikuti rombongan menyambut 
ketibaan Betharian Layun Sia di lapangan terbang Labuan. 

 Ketibaan Betharia Layun Sia telah disambut oleh 
Pengarah Pelajaran WP Labuan, Pengetua SMK Mutiara, 
ibu bapa dan semua warga SMK Mutiara. 

Kehadiran Betharia ini turut diraikan oleh Pertubuhan Sukan Special Olympic (NGO) dengan banner yang memaparkan "Puteri Emas Labuan" dimana Betharia berjaya merangkul 2 emas bagi sukan boling di peringkat antarabangsa.

Pada hari seterusnya, majlis simbolik diadakan di sekolah untuk meraikan kemenangan adik Betharia di tapak perhimpunan SMK Mutiara bersama semua pelajar SMK Mutiara. Tepukan gemuruh diberikan oleh semua pelajar dan guru SMK Mutiara semasa pelajar masuk ke kawasan tapak perhimpunan. Seisi pergambaran dilangsungkan bagi merakam detik kemenangan dan kebangaan buat semua warga Mutiara.