..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Thursday, January 19, 2012

ORIENTASI PELAJAR BARU 2012

Tarikh            : 19 Januari 2012
Tempat          : Dewan Semarak, SMK Mutiara WP Labuan
Dikendalikan  : Cik Shirley Anyie (Setiausaha HEM)


Program orientasi pelajar baru ini dikendalikan oleh beberapa orang guru dan perjalanan program ini telah disusun atur oleh Setiausaha Hal Ehwal Murid PPKI SMK Mutiara iaitu Cik Shirley Anyie. Program ini adalah disediakan khusus untuk pelajar baru yang mendaftar sebagai pelajar PPKI SMK Mutiara bagi tahun 2012. Sebanyak 15 orang pelajar baru yang mendaftar kali ini, 8 daripadanya adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan.

Slot : Menghafal lagu dan ikrar sekolah.
Dikendalikan oleh : Cikgu Lee Vi Vly
Slot : Disiplin
Dikendalikan oleh : Cikgu Roslaniah Zainal

PPKI SMK Mutiara mengucapkan "selamat datang" kepada warga baru PPKI SMKM.. semoga pelajar baru semua dapat berkolaborasi bersama pelajar lain dan seronok berada di sekolah ini.