..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Thursday, July 12, 2012

BENGKEL UNDANG-UNDANG PERMAINAN FUTSAL


Tarikh         : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa  : 07.00 – 11.30 pagi
Jurulatih               : En. Mohamad Faisal Bin Aminaldun
Guru Pengiring       : Semua guru penasihat Kelab Futsal PPKI SMK Mutiara :-
1)    En. Azman Bin Mustapha
2)   Pn. Nurita Binti Juslin
3)   Pn. Norlizah Binti Abdul Rahman

Pembantu Guru       : Pn. Mariani Binti Md Rani
(PPM)

Peserta        : 16 pelajar lelaki (PPKI SMKM)

Bengkel ini diadakan di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, Jalan Tanjung Purun, WP Labuan. Bengkel ini dikendalikan oleh Jurulatih futsal iaitu En. Mohamad Faisal Bin Aminaldun dan dibantu oleh 3 orang guru penasihat Kelab Futsal iaitu En. Azman Mustapha, Pn. Nurita Binti Juslin serta Pn. Norlizah Binti Abdul Rahman dan seorang pembantu guru penasihat iaitu Pn. Mariani Binti Md. Rani.

Bengkel kali ini dihadiri seramai semua ahli kelab futsal dan 4 murid lain yang amat berminat dengan permainan ini. Di dalam bengkel ini semua peserta didedahkan kepada:-
  • Sejarah dan perkembangan futsal.
  • Peraturan dan undang-undang futsal.
  • Pengelolaan kejohanan dan sistem pertandingan.

Selepas sesi taklimat dan penerangan mengenai undang-undang dan peraturan permainan futsal semua peserta dibenarkan bermain permainan kecil Permainan Futsal Bola Beracun. Permainan ini berlangsung sehingga jam 12.00 tengahari.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Mulakan hari anda dengan niat suci agar segala apa yang anda lakukan mendapat keredhaan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *