..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Thursday, August 16, 2012

SALAM PERPISAHAN KAK JAI



PPKI SMKM mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti Puan Jainon Binti Amit sebagai salah seorang Pembantu Pengurusan Murid di sekolah ini. Keprihatinan, kerjasama serta kecekapan dalam menjalankan tugas amat dihargai. Puan Jainon berada di sekolah ini mulai 16 Jun 2008 setelah berpindah daripada SK Merambat, Limbang Sarawak. Kini perkhidmatan Puan Jainon amat diperlukan di PPKI Sekolah Rendah (SK Bukit Kalam, WP Labuan) yang baru dibuka. Dengan pengalaman yang sedia ada kami percaya Puan Jainon mampu melakukannya.

Kami mengucapkan salam perpisahan. Jika ada kesalahan dan kesilapan, kami mohon maaf.. semoga berjaya di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini..

~Himpunkan kenangan indah, simpanlah senda gurauan..
andainya kau kerinduan, itulah jadi penawar~


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
::•• Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang pahit itu bukan semuanya racun.. ••Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus ::

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *