..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Monday, March 12, 2012

Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia


Sukacita dimaklumkan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun 2012melalui Sistem e-Gtukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.  Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-
Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUPtime base) sahaja atau gred-gred yang setara dalam SBPA serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(11) bertarikh 10 Mac 2010.  Permohonan pertukaran bagi gred yang lain hendaklah melalui sekolah ke Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan untuk dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semakan maklumat boleh dibuat melalui laman web eGTukar  http://apps.moe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my/eoperasi mulai 1 hingga 30 Mac 2012.  Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Unit Sekolah Menengah dan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran W.P.  Labuan.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus kepada En. Sahnuddin bin Ariffin (Ketua Unit Sekolah Menengah), Cik Cheng Pau Ching (Ketua Unit Data) dan Pn. Mahani binti Hussin (Ketua Unit Sekolah Rendah) Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran W. P. Labuan ditalian 087583351/087583353/087583357.
Sekian untuk makluman
** Sumber : Web Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : yang dikatakan KAWAN itu bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu : :
: : KAWAN itu adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *