..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Friday, March 2, 2012

PROGRAM KOMUNIKASI EFEKTIF

Tarikh: 02 Mac 2012
Tempat : Makmal Bahasa
Objektif Program ini adalah untuk :-

  1. Meningkatkan peratusan bilangan pelajar dalam penguasaan kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.
Pelaksanaan Program:
  1. Cara berkomunikasi dengan orang lain.
  2. Latihan dalam kumpulan
  3. Pembentangan hasil kerja seperti lakonan dan berdialog.
Pelajar sedang mengikuti ceramah
Program ini dikendalikan oleh Cikgu Roslaniah Zainal dan dibantu oleh dua orang PPM iaitu Cik Norkhaimah Jumaat dan Cik Napsiah Along. Seramai 17 orang pelajar yang menjadi peserta program ini yang terdiri daripada pelajar yang mengikuti transisi kerjaya dan pelajar yang berumur 16 tahun ke atas.
Aktiviti : Latihan Dalam Kumpulan
Aktiviti : Cara berkomunikasi dengan orang lain
Tahniah kepada semua peserta program. semoga apa yang telah dipelajari di dalam program ini dapat diaplikasi dengan baik di dalam transisi kerjaya itu nanti. sosialisasi yang baik akan membantu kemenjadian pelajar pendidikan khas.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *