..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Monday, September 24, 2012

AGOONOORE PENGAKAP


Pada 24-28 September 2012 telah berlangsun Agoonoore Pengakap kali pertama di Kem Malanggang, Tamparuli Sabah. Ini merupakan perkhemahan pengakap julung kalinya yang diadakan kolaborasi bersama program pendidikan khas sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Sabah dan program pendidikan khas integrasi sekolah menengah WP Labuan.

PPKI SMKM telah menghantar wakil yang terdiri daripada ahli Pengakap sebanyak 2 orang guru dan 10 orang murid. Berikut merupakan jadual pergerakan:
TARIKH
AKTIVITI
24 September 2012
Pergerakan ke Kiulu / Persiapan peralatan sekolah
25 September 2012
Pendaftaran peserta dan guru pengiring jam 8.00 pagi
26 September 2012
Aktiviti Agoonoree / Malam kebudayaan
27 September 2012
Aktiviti Agoonoree / Pergerakan pulang
28 September 2012
Perjalanan pulang
Manakala peralatan yang perlu dibawa bersama adalah:-

BIL.
ALATAN
CATATAN
1.
Uniform Pengakap lengkap berserta topi
1 helai
2.
Tshirt Pengakap
1 helai
3.
Skarf
1 helai
4.
Wogel
1
5.
Seluar biru tua / Skirt biru tua
1
6.
Baju aktiviti
3
7.
Seluar aktiviti
2
8.
Seluar sukan
1
9.
Baju sukan
1
10.
Kasut hitam
1
11.
Kasut sukan
1
12.
Stokin
1
13.
Selipar
1
14.
Peralatan mandi
Lengkap
15.
Kain tuala
1
16.
Selimut / sleeping bag
1
17.
Pakaian tidur
1
18.
Pakaian sembahyang
Lengkap
19.
Peralatan lain yang difikirkan perlu

Perkhemahan ini sedikit sebanyak membawa perubahan kepada peserta yang terlibat. antaranya mereka lebih berani untuk tampil ke hadapan, sentiasa memberi kerjasama dalam setiap aktiviti di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah serta sikap ringan tulang yang suka membantu guru dan rakan.

Tahniah kepada adik Mazlinda Binti Zulfakir yang telah dinobatkan sebagai PESERTA TERBAIK sekolah menengah dan Cikgu Azman Mustapha yang telah dianugerahkan sebagai CIKGU PALING SPORTING di dalam perkhemahan ini.. semoga segala ilmu pengetahuan yang diperolehi sepanjang aktiviti tersebut dapat dikongsi bersama warga PPKI SMKM yang lain.

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: :••► Kenangan itu tidak selalunya INDAH... ••►Tetapi yang INDAH itu akan terus hidup dalam kenangan : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *