..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Tuesday, September 18, 2012

Seminar Kecemerlangan Minda Terbilang Pendidikan Khas Peringkat W.P Labuan 2012


Tarikh : 18.09.2012
Hari : Selasa
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan
Disampaikan oleh : En. Asmarah Bin Rikun, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

Matlamat:-
KMT dan TM adalah program berbentuk seminarsehari yang mempertemukan komuniti warga KPM dan guru seluruh negeri di seluruh negara. Program ini bertujuan untuk menyatukan pemikiran patriotisme guru-guru melalui penyampaian maklumat tentang hasrat kerajaan dan isu-isu semasa oleh penceramah berwibawa, di samping dapat mempertemukan peserta dengan kepimpinan negara / negeri / KPM dan JPN secara bersepadu.

Objektif:-
Selepas mengikut program ini diharapkan peserta :

  1. Tidak lagi berfikiran jumud dalam menilai hasrat kerajaan dan isu semasa dan dapat menganggap isu semasa dengan telus dan adil untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara.
  2. Mampu membentuk pemikiran positif dan konstruktif yang dapat menghapuskan fahaman dan pandangan sempit tentang sesuatu isu.
  3. Dapat menerapkan nilai baik sangka, sedia menerima pendapat dan pandangan dengan fikiran yang terbuka serta mampu menjana maklumat dengan bijaksana.
Jawatankuasa Pelaksana:-
  • Pengerusi : Puan Mistirine Binti Radin (Pengarah Jab. Pelajaran W.P Labuan)
  • Timbalan Pengerusi : Encik Omar Baki (Timb. Pengarah JPWPL)
  • Setiausaha : Encik Ramlli Bin Arifai (Unit Pendidikan Khas)
  • AJK Tempat / Peralatan : SK Rancha-Rancha
  • AJK Jamuan : SMK Lajau & SK Bukit Kalam
  • Bacaan Doa : SK Pantai
  • Juruacara : SK Pekan Satu
  • Jurufoto : SMK Mutiara
  • Soal Selidik dan Laporan : Unit Pendidikan Khas JPWPL
Aturcata:-
  • 2.00 petang : Ketibaan guru-guru.
  • 2.15 petang : Ketibaan YB Pengarah JPWPL ~ Puan Misterine Binti Radin
  • 2.30 petang : Nyanyian Lagu:
  • 4.30 petang : Penyampauanaa cenderahati
  • 4.45 petang : Jamuan minum petang
  •                    : Majlis Bersurai

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
•• Kadang kala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu bergembira bagi setitis airmata ••

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *