..Selamat Datang Ke Blog PPKI SMK Mutiara.. Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama..

Saturday, March 31, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KAMU


ya Allah, panjangkanlah usia mereka,

agar lebih lama dapat mereka mentaati Mu,

jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,

moga di akhirat kelak mereka mengutip hasilnya.


ya Allah, tambahkanlah amalan mereka di saat bertambah usia,

jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalan mereka,

rehat mereka adalah rantaian zikir,

rantai yang mereka kalungkan pada leher mereka,

sebagai tanda cinta mereka pada Mu,


ya Allah, Engkau tidak mensia-siakan segala usaha mereka,

mencari haruman syurga ciptaanMu,

tempat rehat dan nikmat abadi…

……………..Amin……………..


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: :•• Jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam ••: :

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Thursday, March 29, 2012

JOM MASAK PART 1

Nama Program : Bengkel Masak
Tarikh   : 29 Mac 2012
Tempat : Kelas B, Bilik Masakan PPKI SMK Mutiara
Setiausaha Program : Cikgu Sarniati Pide
Pembantu (PPM)    : Pn. Jainon Amit dan Cik Napsiah Along
Peserta                   : 13 orang (Pelajar perempuan sahaja)

Sesi penerangan aktiviti kepada semua peserta program
Penyediaan bahan-bahan mengikut resepi
Menyediakan bahan

Mula membuatnya..

kerja-kerja mengadun beres..
Jom jana idea kreativiti kita..
sesi membuat hiasan pada kad kumpulan sementara menunggu muffin masak
sebelum dibakar
tadaa... hasil kumpulan "Muffin Kismis"
ini hasil kumpulan kami .. Kumpulan "Muffin Coklat"
Jemputlah menjamu selera
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Kalau takut dilambung ombak.. Jangan berumah di tepi pantai : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Monday, March 12, 2012

Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia


Sukacita dimaklumkan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Jun 2012melalui Sistem e-Gtukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.  Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:-
Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32 (KUP time base), DG44 (KUP time base) dan DG48 (KUPtime base) sahaja atau gred-gred yang setara dalam SBPA serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KP/KPPM/5(11) bertarikh 10 Mac 2010.  Permohonan pertukaran bagi gred yang lain hendaklah melalui sekolah ke Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pelajaran W.P. Labuan untuk dipanjangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semakan maklumat boleh dibuat melalui laman web eGTukar  http://apps.moe.gov.my/epgo atau http://www.moe.gov.my/eoperasi mulai 1 hingga 30 Mac 2012.  Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan Unit Sekolah Menengah dan Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran W.P.  Labuan.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus kepada En. Sahnuddin bin Ariffin (Ketua Unit Sekolah Menengah), Cik Cheng Pau Ching (Ketua Unit Data) dan Pn. Mahani binti Hussin (Ketua Unit Sekolah Rendah) Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran W. P. Labuan ditalian 087583351/087583353/087583357.
Sekian untuk makluman
** Sumber : Web Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : yang dikatakan KAWAN itu bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu : :
: : KAWAN itu adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Friday, March 2, 2012

PROGRAM KOMUNIKASI EFEKTIF

Tarikh: 02 Mac 2012
Tempat : Makmal Bahasa
Objektif Program ini adalah untuk :-

  1. Meningkatkan peratusan bilangan pelajar dalam penguasaan kemahiran berkomunikasi dengan pihak luar.
Pelaksanaan Program:
  1. Cara berkomunikasi dengan orang lain.
  2. Latihan dalam kumpulan
  3. Pembentangan hasil kerja seperti lakonan dan berdialog.
Pelajar sedang mengikuti ceramah
Program ini dikendalikan oleh Cikgu Roslaniah Zainal dan dibantu oleh dua orang PPM iaitu Cik Norkhaimah Jumaat dan Cik Napsiah Along. Seramai 17 orang pelajar yang menjadi peserta program ini yang terdiri daripada pelajar yang mengikuti transisi kerjaya dan pelajar yang berumur 16 tahun ke atas.
Aktiviti : Latihan Dalam Kumpulan
Aktiviti : Cara berkomunikasi dengan orang lain
Tahniah kepada semua peserta program. semoga apa yang telah dipelajari di dalam program ini dapat diaplikasi dengan baik di dalam transisi kerjaya itu nanti. sosialisasi yang baik akan membantu kemenjadian pelajar pendidikan khas.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Thursday, March 1, 2012

BENGKEL SULAMAN MANIK ASAS

Bengkel Sulaman Manik Asas ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Bengkel Kreativiti yang dikendalikan oleh Guru Pendidikan Seni dan Guru Kemahiran Hidup-Jahitan. Bengkel ini telah berjaya dilaksanakan pada 01 Mac 2012. Bengkel ini telah di adakan di Kelas A dan Kelas C dan dibimbing oleh semua guru dan PPM. Objektif program ini adalah untuk menanam minat pelajar terhadap aktiviti sulaman manik dan meningkatkan penguasaan dan kemahiran asas pelajar.

 Bahan-bahan yang digunakan

Setiausaha program memberi penerangan kepada guru dan murid kelas tekun

PPM yang turut sama bersama pelajar di kelas Dedikasi

 Guru Kelas Jujur membuat tunjuk cara kepada pelajar

"kami boleh melakukanya sendiri"...

PPM turut sama membantu memberi bimbingan di kelas Adil

Guru kelas Amanah bersama pelajarnya

 Penolong Penyelaras bersama pelajar kelas Rajin

Hasilnya..... sangat menarik

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini KERANA : :
: : setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

TAKWIM PPKI MAC 2012


PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH
Program Komunikasi Efektif
02 Mac 2012
Mesyuarat RPI
07 Mac 2012
Program Ceramah Boling
09 Mac 2012
Kegiatan Kokurikulum
21 Mac 2012
Transisi Kerjaya
22 Mac 2012
hingga
Julai 2012
Program Bacalah Sayang
23 Mac 2012
Mesyuarat RPI
27 Mac 2012
Terapi Renang
27 Mac 2012
hingga
Julai 2012
Kegiatan Kokurikulum
28 Mac 2012
Bengkel Masakan
29 Mac 2012

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
: : orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang mengasah potensi.. manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan menyebabkan kemunduran : :
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *